Sort by:

Bijak Berbicara untuk Pendidik

                     

Jika ditanya siapakah orang yang pertama perlu bijak berbicara, pasti jawapannya ialah pendidik. Semestinya, tanpa kemahiran komunikasi yang berkesan, mana mungkin ilmu anda dapat dipindah, dikongsi dan disebarkan dengan efektif. Kadangkala kita menyalahkan pelajar kerana tidak menumpukan perhatian dan sering mengantuk di dalam kelas. Dan selalunya anda tidak nampak bahawa kemungkinan besar perkara ini berlaku kerana berpunca daripada kelemahan anda berbicara.

 

Bijak Berbicara untuk Pendidik akan mendedahkan teknik mengajar yang bebas daripada teori yang meleret dan tidak praktikal. Bahkan menerusi modul ini, anda bakal melihat kaedah-kaedah mudah tetapi berimpak tinggi dalam mendidik pelajar dengan unik dan berkesan. Dengan konsep modul yang menyeronokkan, anda sendiri akan lebih memahami apa yang sebenarnya diingini oleh pelajar masa kini.

 

Anda boleh tetapi kebolehan itu perlu digarap sekarang!



RSS Produk Popular

Dapatkan Newsletter Kami!